Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Jepun semakin buruk, angka korban naik kepada 59

Hujan lebat tanpa henti di bahagian tengah Jepun pada Khamis (9 Jul), menyukarkan pekerja menyelamat menjalankan operasi mencari lebih ramai penduduk yang hilang dalam banjir yang sudah meragut nyawa hampir 60 orang di bahagian selatan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Jepun semakin buruk, angka korban naik kepada 59

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 09 Jul 2020 02:42PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 02:43PM

TOKYO: Hujan lebat tanpa henti di bahagian tengah Jepun pada Khamis (9 Jul), menyukarkan pekerja menyelamat menjalankan operasi mencari lebih ramai penduduk yang hilang dalam banjir yang sudah meragut nyawa hampir 60 orang di bahagian selatan negara itu.

Di wilayah Fukuoka, para pekerja mula membersihkan runtuhan bangunan dan harta benda musnah sedang wilayah Kagoshima terus dilanda hujan lebat.

Beberapa bahagian di Nagano dan Gifu, ditenggelami air bah termasuk kawasan yang terkenal dengan laluan mendaki gunung serta mata air panas.

Setakat pagi Khamis (9 Jul), angka korban akibat hujan lebat yang bermula pada hujung minggu lalu meningkat kepada 59 orang, sebilangan besarnya di wilayah Kumamoto yang terjejas teruk.

Operasi mencari 14 orang yang hilang di Kumamoto masih dijalankan.

Operasi penyelamat terganggu oleh hujan, banjir, tanah runtuh dan talian komunikasi yang terputus.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan