Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangunan setinggan Brazil dijilat api, 1 mati, 3 hilang

Sekurang-kurangnya seorang meniggal dunia dan tiga lagi masih hilang menyusuli kebakaran di sebuah bangunan terbiar di Sao Paulo, Brazil.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 06:10PM Dikemas Kini : 02 May 2018 09:42PM

SAO PAULO, BRAZIL: Sekurang-kurangnya seorang meniggal dunia dan tiga lagi masih hilang menyusuli kebakaran di sebuah bangunan terbiar di Sao Paulo, Brazil.

Punca kebakaran yang berlaku semalam (1 Mei) masih belum diketahui tetapi api yang begitu marak menyebabkan bangunan berkenaan akhirnya roboh.

Setinggi 22 tingkat, bekas bangunan pejabat itu milik pemerintah.

Ia tidak lagi digunakan tetapi menurut pihak berkuasa, 400 penduduk setinggan tinggal di bangunan tersebut sejak tujuh tahun lalu.

Di Sao Paolo, para penduduk setinggan mencari teduh di kira-kira 150 bangunan yang terbiar dalam usaha untuk mendesak pemerintah supaya memberi mereka rumah.

Selama bertahun-tahun pemerintah tempatan berusaha untuk mengusir para penduduk setinggan daripada bangunan-bangunan yang terbiar di pusat bandar Sao Paulo bagi membangunkan semula kawasan itu.

Sumber : AFP/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan