Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangunan pejabat CNN sekali lagi digegar ancaman bom

Polis New York sedang menyiasat panggilan telefon mengenai ancaman bom di bangunan Time Warner, di mana terletak pejabat-pejabat agensi berita CNN pada Khamis malam (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2018 07:31PM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 09:29PM

NEW YORK: Polis New York sedang menyiasat panggilan telefon mengenai ancaman bom di bangunan Time Warner, di mana terletak pejabat-pejabat agensi berita CNN pada Khamis malam (6 Dis).

Menurut pemanggil itu, terdapat lima bom disembunyikan di dalam bangunan tersebut.

Agensi berita itu menyatakan lonceng-loceng amaran kebakaran di dalam bilik beritanya berbunyi sekitar 10.30 malam, menandakan para pekerja perlu meninggalkan bilik itu.

CNN kemudian terpaksa membuat siaran beritanya menggunakan Skype sahaja dari luar bangunan tersebut.

Polis juga menutup jalan-jalan raya di kawasan itu bagi menjalankan siasatan.

Biro CNN di New York pernah dikosongkan pada Oktober lalu selepas sebuah bungkusan berisi bom paip ditemui.

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan