Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangun pagi, telefon saya 'jammed' dengan panggilan tak dikenali - Hishammuddin

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan beliau menerima ratusan panggilan masuk telefon bimbit daripada pemanggil tidak dikenali, hari ini (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Bangun pagi, telefon saya 'jammed' dengan panggilan tak dikenali - Hishammuddin

(Gambar: Hishammuddin Hussein/ Facebook)

Diterbitkan : 09 May 2018 08:39PM Dikemas Kini : 09 May 2018 08:42PM

KLUANG: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan beliau menerima ratusan panggilan masuk telefon bimbit daripada pemanggil tidak dikenali, hari ini (9 Mei).

Encik Hishammuddin berkata panggilan daripada nombor luar negara itu diterima sejak 6.26 pagi tadi sehinggalah beliau mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak.

"Pagi tadi, apabila bangun, telefon saya 'jammed' dengan macam-macam panggilan yang saya tidak kenal pun.

"Kalau telefon saya boleh 'jammed' kerana sedemikian rupa, saya harap tidak ada unsur-unsur yang hendak buat sesuatu yang menghuru-harakan," katanya.

Encik Hishammuddin berkata setakat ini beliau melihat panggilan telefon berkenaan tidak memberikan kesan begitu negatif terhadapnya.

"Tetapi, pengalaman saya sendiri, dari pagi sampai ke peti undi, tidak berhenti beratus nombor 'unknown' (tidak dikenali) tiga, empat nombor berulang-ulang, tetapi bila saya jawab, tidak ada orang yang berkata apa-apa di hujung talian.

"Hendak dengar juga siapa yang hubungi saya dari pagi. Tapi nanti kita periksa," katanya.

Sementara itu, Encik Hishammuddin berkata beliau melihat proses mengundi setakat ini berjalan lancar, walaupun dalam keadaan cuaca sedikit panas namun para pengundi turut bersemangat tinggi untuk menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing.

Terdahulu, beliau tiba di sekolah tersebut pada 9.40 pagi dengan diiringi isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kahang R.Vidyananthan, yang turut mengundi di sekolah sama.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini menyaksikan Hishammuddin sekali lagi dicabar Penyelaras PKR Parlimen Sembrong, Onn Abu Bakar dalam pertandingan satu lawan satu.

Pertembungan antara cucu pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar itu dengan Onn yang merupakan Ketua PKR Cabang Putrajaya adalah kali kedua selepas PRU13 yang menyaksikan Encik Hishammuddin menewaskan Onn dengan majoriti 10,631 undi. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan