Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangladesh setuju Myanmar selesaikan proses penghantaran pulang Rohingya dalam 2 tahun

Bangladesh bersetuju untuk menyelesaikan proses menghantar balik Muslim Rohingya ke Myanmar dalam tempoh dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangladesh setuju Myanmar selesaikan proses penghantaran pulang Rohingya dalam 2 tahun

Pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh. (Gambar: REUTERS/Tyrone Siu)

Diterbitkan : 16 Jan 2018 08:06PM Dikemas Kini : 16 Jan 2018 08:09PM

DHAKA: Bangladesh bersetuju untuk menyelesaikan proses menghantar balik Muslim Rohingya ke Myanmar dalam tempoh dua tahun.

Demikian menurut Dhaka hari ini (16 Jan) menyusuli mesyuarat yang diadakan kedua-dua negara bagi melaksanakan perjanjian yang ditandatangani pada tahun lalu.

Satu kenyataan oleh Kementerian Ehwal Luar Bangladesh bagaimanapun tidak menyatakan bila proses itu akan dimulakan.

Namun ia menyatakan usaha tersebut "menimbangkan sesebuah keluarga sebagai satu unit", dengan Myanmar menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mereka yang pulang sebelum membina semula rumah untuk mereka.

Menurut kenyataan itu Bangladesh akan membangunkan lima kem persinggahan yang akan menghantar Rohingya ke dua pusat penyambut pelarian yang terletak di sempadan Myanmar.

"Myanmar sudah menekankan komimennya untuk menghentikan penduduk Myanmar daripada melarikan diri ke Bangladesh," katanya.

Mesyuarat yang diadakan di Naypyitaw adalah yang pertama bagi menetapkan perjanjian penghantaran balik pada November lalu.

Pemerintah Myanmar belum mengeluarkan kenyataannya selepas mesyuarat tersebut dan seorang jurucakap pemerintah Zaw Htay tidak dapat dihubungi bagi memberikan komen.

PROSES PENGESAHAN

Encik Zaw Htay sebelum ini berkata, para pelarian yang pulang boleh membuat permohonan mendapatkan kerakyatan "setelah mereka lulus proses pengesahan".

Sebuah agensi Myanmar di tubuhkan untuk menyelia proses penghantaran pulang itu pada Khamis lalu (11 Jan) menyatakan dua "kem sementara bagi penghantaran balik dan penilaian" dan satu lagi tapak bagi menempatkan pelarian yang dihantar pulang sudah dibangunkan.

Setiausaha Tetap Kementerian Buruh, Imigresen dan Penduduk Myanmar, Myint Kyaing memberitahu Reuters awal bulan ini bahawa Myanmar bersedia untuk mula memproses sekurang-kurangnya 150 orang sehari menerusi setiap satu daripada dua kem tersebut menjelang 23 Januari ini.

Krisis Rohingya tercetus setelah para pemberontak Rohingya melancarkan serangan-serangan ke atas pondok-pondok pegawai keselamatan pada 25 Ogos di bahagian barat wilayah Rakhine.

In mencetuskan respons kejam oleh tentera negara itu sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkannya sebagai penghapusan kaum. Sekitar 650,000 penduduk melarikan diri disebabkan keganasan tersebut.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan