Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangladesh meterai perjanjian PBB untuk bantu pelarian Rohingya

Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menandatangani perjanjian dengan Bangladesh pada Sabtu (9 Okt) untuk membantu memberikan khidmat asas kepada ribuan pelarian Muslim Rohingya yang dipindahkan ke penempatan khusus di sebuah pulau terpencil di Teluk Benggala.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangladesh meterai perjanjian PBB untuk bantu pelarian Rohingya

Sekumpulan pelarian Rohingya dipindahkan dari tanah besar Bangladesh ke pulau terpencil Bhasan Char pada Dis 2020 (Gambar fail: Reuters/Mohammad Ponir Hossain)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 09:50PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 09:54PM

DHAKA: Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menandatangani perjanjian dengan Bangladesh pada Sabtu (9 Okt) untuk membantu memberikan khidmat asas kepada ribuan pelarian Muslim Rohingya yang dipindahkan ke penempatan khusus di sebuah pulau terpencil di Teluk Benggala.

Pemerintah Bangladesh telah memindahkan hampir 19,000 pelarian Rohingya ke pulau Bhasan Char dari kem di sempadan. Ini meskipun terdapat bantahan oleh sebilangan pelarian dan kumpulan hak asasi, yang menyatakan pulau itu terdedah kepada risiko banjir dan ribut.

Pihak berkuasa di negara Asia Selatan yang padat penduduk itu menyasarkan untuk memindahkan sekitar 10 peratus daripada 1 juta pelarian Rohingya ke pulau itu bagi memenuhi kuota 100,000 orang.

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), menyatakan perjanjian yang ditandatangani pada Sabtu itu membuka laluan bagi kerjasama lebih erat dengan pemerintah dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelarian di pulau itu yang semakin bertambah jumlahnya.

"Ini termasuk perkara-perkara penting seperti perlindungan, pendidikan, latihan kemahiran, kelangsungan hidup dan kesihatan yang akan membantu mereka menjalani kehidupan yang sederhana di pulau itu dan mempersiapkan mereka dengan lebih baik untuk kembali ke Myanmar pada masa depan," menurut satu kenyataan UNHCR.

Kira-kira 81,000 orang Rohingya disasarkan tinggal di pulau itu dalam masa tiga bulan, kata Mohammad Mohsin, seorang pegawai kanan di Kementerian Pengurusan dan Bantuan Bencana, kepada wartawan setelah menandatangani perjanjian itu.

Pelarian di Bhasan Char, yang sebahagian daripada mereka telah membantah keadaan hidup di pulau itu, menyambut baik pelibatan UNHCR.

"Sekarang kita akan mendapat cukup bantuan yang kami perlukan," kata Mohammed Arman, seorang pelarian Rohingya kepada Reuters menerusi telefon.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan