Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangladesh henti penjualan kad SIM baru di kem pelarian Rohingya

Pengendali khidmat telefon mudah alih Bangladesh menghentikan penjualan kad SIM kepada para pelarian Rohingya atas arahan pemerintah, menurut pihak berkuasa pada Isnin (9 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Bangladesh henti penjualan kad SIM baru di kem pelarian Rohingya

Para pelarian Rohingya yang sedang merakam satu upacara di kem pelarian mereka. (Gambar: AFP/MUNIR UZ ZAMAN)

Diterbitkan : 09 Sep 2019 11:23PM Dikemas Kini : 09 Sep 2019 11:25PM

DHAKA: Pengendali khidmat telefon mudah alih Bangladesh menghentikan penjualan kad SIM kepada para pelarian Rohingya atas arahan pemerintah, menurut pihak berkuasa pada Isnin (9 Sep). Ia satu petunjuk bahawa Dhaka mula hilang kesabaran berikutan kegagalan usaha terbaru penghantaran pulang pelarian-pelarian itu.

Pengawal selia telekomunikasi Bangladesh pada 3 September lalu mengarahkan syarikat telefon supaya memutuskan akses talian mudah alih di puluhan kem pelarian atas alasan keselamatan.

Empat syarikat telefon bimbit berkenaan diberi tempoh tujuh hari untuk menyerahkan laporan berhubung tindakan yang dilakukan untuk menghentikan akses data dan penjualan kad SIM di kawasan kem pelarian.

Setiausaha Agung Persatuan Pengendali Telekom Mudah Alih Bangladesh (AMTOB), S.M Farhad berkata semua penjualan kad SIM sudah dihentikan di semua kawasan kem.

Beliau menambah semua khidmat sambungan internet mudah alih 3G dan 4G di kawasan itu juga digantung antara jam 5.00 dengan 6.00 petang setiap hari.

Encik S.M Farhad juga berkata syarikat-syarikat pengendali juga menyekat kawasan liputan dalam Bangladesh berikutan laporan tentang pelarian Rohingya di kawasan sempadan Myanmar yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Bangladesh sebelum ini sudahpun mencuba untuk menyekat akses telefon mudah alih tetapi ia tidak dikuatkuasakan secara serius lantas mencetuskan ledakan pasaran khidmat telefon mudah alih dan kad SIM di kem-kem pelarian.

Larangan terkini itu mengejutkan para pelarian, dengan para pemimpin mengatakan bahawa ia akan sangat menjejas kehidupan dan keselamatan mereka selain mengganggu komunikasi antara kem berbeza serta dengan kaum Rohingya yang masih berada di Myanmar.

Bangladesh menerima kira-kira sejuta pelarian Rohingya di kem-kem di bahagian tenggara sejak tindakan keras tentera di negara jiran, Myanmar menyebabkan penghijrahan beramai-ramai pada Ogos 2017. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan