Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangladesh halang percubaan seludup 30 pelarian Rohingya masuk M'sia

Para pengawal sempadan Bangladesh menahan sekitar 30 pelarian Rohingya daripada diseludup masuk ke Malaysia menerusi jalan laut. Dua orang yang disyaki penyeludup ditahan dalam operasi tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangladesh halang percubaan seludup 30 pelarian Rohingya masuk M'sia

Para pelarian Rohingya yang ditahan di Teknaf. (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 04:34PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 04:37PM

TEKNAF: Para pengawal sempadan Bangladesh menahan sekitar 30 pelarian Rohingya daripada diseludup masuk ke Malaysia menerusi jalan laut. Dua orang yang disyaki penyeludup ditahan dalam operasi tersebut.

Kumpulan pelarian itu yang termasuk wanita dan kanak-kanak dikenal pasti oleh para penyeludup yang bekerja di kem-kem pelarian di Bangladesh.

Setiap seorang membayar sekitar $1,000 untuk melalui apa yang disifatkannya sebagai "jalan selamat" ke Malaysia.

Ini adalah kali ketiga perjalanan para pelarian Rohingya dipintas pihak berkuasa sejak Nov lalu.

Para penyeludup manusia menghantar puluhan ribu kaum Rohingya menerusi jalan laut ke Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, sehinggalah pemerintah Bangladesh melancarkan tindakan keras terhadap aktiviti pemerdagangan manusia itu pada 2015.

Namun dengan keadaan laut yang lebih tenang, terdapat kebimbangan lebih ramai pelarian Rohingya akan cuba melarikan diri untuk mencari kehidupan yang lebih baik. 

Sumber : AFP/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan