Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bangkok siap sedia hadapi musim sejuk; dengan suhu 14 darjah Selsius

Penduduk Bangkok bakal mengalami cuaca sejuk dalam hari-hari mendatang dengan agensi kaji cuaca melaporkan bahawa ibu kota Thailand itu mungkin dilanda suhu serendah 14 - 17 darjah Selsius pada sebelah pagi antara semalam (19 Dis) hingga Khamis ini (21 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Bangkok siap sedia hadapi musim sejuk; dengan suhu 14 darjah Selsius

Orang ramai bersiap sedia untuk menghadapi cuaca sejuk di Bangkok. (Gambar: Paul Risley/Twitter)

Diterbitkan : 20 Dec 2017 11:15AM Dikemas Kini : 20 Dec 2017 11:18AM

BANGKOK: Penduduk Bangkok bakal mengalami cuaca sejuk dalam hari-hari mendatang dengan agensi kaji cuaca melaporkan bahawa ibu kota Thailand itu mungkin dilanda suhu serendah 14 - 17 darjah Selsius pada sebelah pagi antara semalam (19 Dis) hingga Khamis ini (21 Dis).

Bangkok Post pada Sabtu lalu (16 Dis) melaporkan bahawa Jabatan Kaji Cuaca menyatakan “sistem tekanan tinggi sudahpun beralih ke bahagian timur laut” negara itu dan diramalkan menuju ke wilayah utara, tengah dan timur Thailand.

Menurut laporan itu lagi, suhu di seluruh utara Thailand termasuk Bangkok pada awalnya akan turun 6-8 darjah Selsius. Kemudian, dari Selasa hingga Khamis, satu lagi gelombang tekanan tinggi dari China akan melanda bahagian utara Thailand sekaligus menurunkan lagi suhu sebanyak 2-3 darjah Selsius.

Bangkok Post juga melaporkan bahawa Pusat Eropah bagi Ramalan Cuaca Peringkat Sederhana (ECMWF) menyatakan suhu di kawasan tersebut mungkin turun sehingga 14 darjah Selsius pada sebelah pagi dan mencecah 25-26 darjah Selsius pada waktu petang.

Menurut portal online Thailand, The Nation, daerah Don Mueng di Bangkok mencecah 15 darjah Selsius pada pagi semalam.

Ramai netizen di Bangkok sudahpun berkongsi pengalaman mereka mengalami suhu rendah buat beberapa hari kebelakangan ini.

Malah, menurut Bangkok Post, suhu di wilayah Nan dijangkakan serendah 5 darjah Selsius dalam masa beberapa hari akan datang.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan