Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banduan rakyat AS yang larikan diri dari penjara Bali berjaya diberkas semula

Polis Indonesia berjaya menangkap semula seorang banduan rakyat Amerika Syarikat yang lari dari Penjara Kerobokan di pulau Bali, Isnin lalu (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Banduan rakyat AS yang larikan diri dari penjara Bali berjaya diberkas semula

(Gambar fail: Sonny Tumbelaka/ AFP)

Diterbitkan : 18 Dec 2017 08:06PM Dikemas Kini : 18 Dec 2017 08:10PM

DENPASAR: Polis Indonesia berjaya menangkap semula seorang banduan rakyat Amerika Syarikat yang lari dari Penjara Kerobokan di pulau Bali, Isnin lalu (11 Dis).

Christian Beasley, 32 tahun, ditangkap semula di pulau Lombok kelmarin (16 Dis) selepas polis memburunya selama lima hari.

Beasley ditangkap di Bali pada Ogos lalu kerana memiliki dadah.

Perbicaraannya sudah selesai dan mahkamah sepatutnya memberi keputusannya pada Selasa lalu (12 Dis) iaitu sehari selepas Beasley melarikan diri.

"Penangkapan banduan yang melarikan diri sementara ini dalam pemeriksaan dan kita akan periksa juga termasuk pegawai-pegawai penjara tentang mengapa sering berlaku kejadian melarikan diri daripada penjara dan mungkin juga ada hal-hal Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang diabaikan," kata Petrus Reinhard Golose, ketua polis Bali.  

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan