Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banduan enggan tinggalkan penjara selepas dapati ada 'lubuk emas'

Pernahkah anda dengar tentang banduan yang tidak mahu meninggalkan penjara meskipun mereka sudah selesai menjalani tempoh hukuman penjara?

Anggaran Waktu Membaca:
Banduan enggan tinggalkan penjara selepas dapati ada 'lubuk emas'

(Gambar hiasan: Jack Guez/ AFP)

Diterbitkan : 14 May 2018 09:32PM Dikemas Kini : 15 May 2018 08:07AM

OSIO: Pernahkah anda dengar tentang banduan yang tidak mahu meninggalkan penjara meskipun mereka sudah selesai menjalani tempoh hukuman penjara? Agak sukar untuk percaya namun, itulah yang berlaku di Republik Demokratik Kongo di mana penjara dikatakan ibarat 'lubuk emas' bagi para banduan.

Pihak berkuasa baru-baru ini mendapati ada sebuah lombong berlian yang beroperasi secara haram di bawah sebuah penjara di Osio. Peliknya, bukan hanya banduan yang terlibat dalam kegiatan haram itu. Para pegawai penjara dan penduduk tempatan di Osio juga terlibat dalam kegiatan tersebut.

Ketua Hakim Divisyen Daerah, Gerard Kombozi, megarahkan supaya kemudahan perlombongan itu ditutup serta-merta dan sesiapa yang didapati menjalankan kegiatan di kemudahan itu akan dihukum.

Agensi berita Radio Okapi menukil Encik Kombozi sebagai mengatakan bahawa lombong itu dikendalikan para banduan.

Beliau memberitahu Metro UK: "Sebilangan banduan enggan meninggalkan penjara meski sudah selesai menjalani hukuman penjara. Lebih 30 orang, termasuk seorang pengawal penjara ditangkap semasa pihak berkuasa menyerbu tapak itu."

"Sebilangan mereka hampir selesai membungkus berlian, ada juga yang masih melombong," tambah beliau.

Menurut Metro UK, pelombong-pelombong tersebut mendedahkan bahawa mereka menemukan dan menjual berlian yang beratnya antara 0.1 hingga 0.15 gram.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan