Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bandar Palu, Indonesia dilanda tsunami ekoran gempa bumi kuat

Gelombang tsunami melanda bandar Palu di Indonesia menyusuli gempa bumi kuat yang menggoncangkan pulau Sulawesi, menurut agensi pengurusan bencana alam tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bandar Palu, Indonesia dilanda tsunami ekoran gempa bumi kuat

Satu masjid di kota Palu dibadai gelombang tsunami. (Gambar: ramadhaniep/Twitter)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 10:24PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 10:31PM

JAKARTA: Gelombang tsunami melanda bandar Palu di Indonesia menyusuli gempa bumi kuat yang menggoncangkan pulau Sulawesi, menurut agensi pengurusan bencana alam tempatan.

"Tsunami sudah berlaku di Palu," kata Rahmat Triyono, ketua divisyen gempa bumi dan tsunami agensi tersebut tentang bandar yang dihuni 350,000 penduduk dan terletak hampir 80 kilometer dari pusat gempa itu.

Para pegawai menambah bahawa gelombang itu setinggi dua meter dan paras air sudahpun surut.

Tiada kematian akibat bencana alam itu dilaporkan sejauh ini.

(Gambar-gambar: Ramadhani Eko P/Twitter)

Sebelum itu, gempa bumi yang melanda memusnahkan bangunan-bangunan sehingga para penduduk tempatan menjadi cemas dan lari bertempiaran di jalan raya.

Gempa bumi kuat sedalam 10 kilometer itu melanda kawasan tengah pulau Sulawesi, beberapa jam selepas satu gempa lebih kecil meragut sekurang-kurangnya satu nyawa di kawasan sama.

Gempa terkini itu lebih kuat daripada gempa bumi yang melanda pulau Lombok baru-baru ini menyebabkan beratus-ratus orang terkorban.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan