Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bandar-bandar Itali terus ditenggelami air

Hujan lebat terus menyebabkan bandar Venice ditenggelami air. Kedai-kedai dan muzium di Venice terus ditutup tetapi ini tidak menghalang para pelancong daripada terus mengunjunginya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bandar-bandar Itali terus ditenggelami air

Banjir di Venice, Italy pada Nov 2019 (Gambar: Reuters/Manuel Silvestri)

Diterbitkan : 18 Nov 2019 10:31PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 10:38PM

ITALI: Hujan lebat terus menyebabkan bandar Venice ditenggelami air.

Kedai-kedai dan muzium di Venice terus ditutup tetapi ini tidak menghalang para pelancong daripada terus mengunjunginya.

Menurut ramalan para pakar, paras air mungkin mencapai ketinggian 1.6 meter.

Ia jauh lebih rendah daripada 1.87 meter yang dicatatkan minggu lalu iaitu paras tertinggi dalam masa lebih 50 tahun.

Datuk Bandar Venice menganggarkan jumlah kerosakan mungkin mencapai ratusan juta Euro dan bandar tersebut masih diletakkan di bawah perintah darurat.

Di Pisa, para pekerja meletakkan beg-beg pasir di sepanjang Sungai Arno yang semakin melimpahi tebing.

Paras airnya kini dilaporkan yang tertinggi dalam masa 20 tahun.

Satu lagi tempat tarikan pelancong, Taman Boboli di Florence telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Di bandar Cecina di Tusca pula, sekitar 500 penduduk terpaksa dipindahkan.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan