Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bali lanjutkan keadaan darurat hingga 10 Disember, jangkakan letusan besar

Gabenor Bali, I Made Mangku Pastika hari ini (30 Nov) melanjutkan keadaan darurat di Bali sehingga 10 Disember ini, kerana menjangkakan letusan besar Gunung Agung akan berlaku dalam beberapa hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2017 02:36PM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 10:09PM

BALI: Gabenor Bali, I Made Mangku Pastika hari ini (30 Nov) melanjutkan keadaan darurat di Bali sehingga 10 Disember ini, kerana menjangkakan letusan besar Gunung Agung akan berlaku dalam beberapa hari ini.

Ribuan pelancong dijangka meninggalkan Bali melalui pesawat setelah setelah lapangan terbang antarabangsanya dibuka semula, selepas ditutup selama hampir tiga hari.

Bagaimanapun lapangan terbang di pulau Lombok yang berdekatan - juga destinasi pelancongan yang popular - ditutup sekali lagi hari ini (30 Nov) selepas abu dan asap dari gunung berapi itu menuju ke arahnya.

Tahap amaran di Gunung Agung kekal pada paras tertinggi, namun perubahan arah angin membolehkan pihak berkuasa untuk membuka semula lapangan terbang mereka petang semalam (29 Nov).

Langkah itu menimbulkan harapan untuk sesetengah pelancong yang terkandas. Sekitar 120,000 pelancong terkandas setelah amaran tahap tinggi dikeluarkan.

Debu gunning berapi dianggap berbahaya bagi pesawat kerana ia membuat landasan menjadi licin dan debu boleh tersedut ke dalam enjin pesawat.

"Sejak lapangan terbang dibuka semula semalam, beberapa penerbangan kembali beroperasi dan semuanya sedang kembali normal," kata jurucakap lapangan terbang, Israwadi.

Menurut pihak berkuasa, lebih 4,500 orang kini sudah berangkat keluar dari lapangan terbang.

Pada petang semalam (29 Nov), syarikat penerbangan domestik Garuda menyatakan ia akan memulakan penerbangan ke beberapa bandar di Indonesia manakala AirAsia pula bakal mengadakan penerbangan ke Kuala Lumpur.

AMARAN TINGGI

Menurut pakar-pakar, letusan Gunung Agung kali ini setanding bencana alam sebelumnya di mana gunung tersebut memuntahkan sekitar satu bilion tan debu, yang menurunkan suhu purata global sekitar 0.3°C selama kira-kira setahun.

Walaupun gunung berapi itu kelihatan kurang mengeluarkan abu dan asap hari ini (30 Nov), pakar-pakar memberi amaran dan mengingatkan orang ramai bahawa letusan besar boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Ia sudahpun mengeluarkan beberapa letusan kecil.

"Kemungkinan letusan masih ada, tetapi kita tidak dapat meramalkan berapa besar letusan itu nanti," kata Devy Kamil, pakar gunung berapi kanan dari agensi vulkologi Indonesia.

"Gunung berapi itu masih berada di tahap amaran tertinggi."

Gunung Agung kembali aktif pada September lalu, memaksa 140,000 orang yang tinggal berdekatan untuk berpindah. Ia kembali pada paras tidak membahayakan pada lewat Oktober dan ramai sudah pulang ke tempat tinggal mereka.

Namun, pada hari Sabtu (25 Nov) gunung itu mengeluarkan asap ke udara buat kali kedua dalam seminggu. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan