Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bali kini selamat, Gunung Agung bukan lagi satu ancaman

Gunung Agung di Bali tidak lagi menimbulkan ancaman meskipun masih aktif.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2017 07:01PM Dikemas Kini : 19 Dec 2017 09:47PM

BALI: Gunung Agung di Bali tidak lagi menimbulkan ancaman meskipun masih aktif.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati berkata bahawa Agensi Pengurusan Bencana Nasional negara itu memberi jaminan kepadanya jika gunung berapi itu meletus, ia tidak akan menjejas kawasan yang luas di Bali.

Lantaran itu Cik Sri Mulyani menggesa orang ramai dan pelancong supaya berkunjung semula ke Bali, lapor Jakarta Post.

"Bagi pelancong-pelancong yang sebelum ini membatalkan rancangan mereka untuk ke Bali pada akhir tahun, saya menggalak anda untuk berkunjung ke Bali. Saya jamin, Bali selamat buat masa ini," kata Cik Sri Mulyani.

Menurut laporan Jakarta Post, jumlah penerbangan ke Bali merosot kira-kira 30% disebabkan keadaan Gunung Agung yang aktif kebelakangan ini.

Akibatnya Indonesia dijangka tidak dapat mencapai matlamatnya untuk menarik kedatangan 15 juta pelancong tahun ini. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan