Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bakal Presiden AS Joe Biden akan diberi taklimat harian

Joe Biden akan diberikan Taklimat Harian Presiden buat kali pertama pada Isnin (30 Nov), lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan daripada pejabatnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bakal Presiden AS Joe Biden akan diberi taklimat harian

Presiden dilantik, Encik Joe Biden, di Wilmington, Delaware pada 10 Nov. (Gambar: Jonathan Ernst/Reuters)

Diterbitkan : 30 Nov 2020 11:57AM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 11:59AM

WASHINGTON: Joe Biden akan diberikan Taklimat Harian Presiden buat kali pertama pada Isnin (30 Nov), lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan daripada pejabatnya.

"Pada Isnin, 30 November, bakal Presiden Joe Biden akan menerima Taklimat Harian Presiden. Kemudian, bakal Presiden Biden akan bertemu dengan penasihat peralihan," kata pasukan peralihan Biden-Harris pada Ahad (29 Nov).

Pada Rabu (25 Nov), penasihat pasukan peralihan Biden, Jen Psaki (dilantik sebagai setiausaha media Rumah Putih Biden pada  Ahad) berkata taklimat harian presiden pertama dijangka berlangsung pada Isnin.

Taklimat harian presiden adalah mengenai perkembangan ancaman dan risikan harian oleh agensi-agensi keselamatan Amerika Syarikat.

Awal bulan ini, Presiden Donald Trump memberi kuasa kepada Pentadbiran Perkhidmatan Awam untuk memulakan proses peralihan secara rasmi kepada pasukan Biden sambil terus mempertikaikan keputusan pilihan raya presiden pada 3 November lalu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan