Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahrain buka semula kedutaan di Syria

Bahrain akan membuka semula kedutaannya di Syria dan meneruskan semula usaha diplomatik, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar pada Jumaat (28 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Bahrain buka semula kedutaan di Syria

(Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 28 Dec 2018 10:01PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 10:02PM

MANAMA: Bahrain akan membuka semula kedutaannya di Syria dan meneruskan semula usaha diplomatik, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar pada Jumaat (28 Dis).

"Kementerian ingin menegaskan minat Bahrain untuk meneruskan hubungan dengan Syria, menekankan kepentingan untuk menyatukan peranan Arab bagi mengekalkan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria," menurut kenyataan itu.

Kementerian itu turut menekankan kepentingan mengaktifkan peranan pan-Arab bagi mengekang sebarang campur tangan serantau dalam hal ehwal dalamannya, yang akan "memperkukuh keselamatan dan kestabilan di Syria selain mencapai cita-cita rakyat Syria ke arah kedamaian, pembangunan dan kemajuan."

Langkah itu dibuat sehari selepas Amiriah Arab Bersatu membuka semula kedutaannya di Damsyik pada Khamis.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan