Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahan radioaktif dilapor hilang di M'sia

Pihak berkuasa Malaysia sedang mencari satu alat perindustrian yang mengandungi bahan radioaktif yang dilaporkan hilang dari sebuah trak pada 10 Ogos. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bahan radioaktif dilapor hilang di M'sia

(Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 20 Aug 2018 04:52PM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 04:58PM

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia sedang mencari satu alat perindustrian yang mengandungi bahan radioaktif yang dilaporkan hilang dari sebuah trak pada 10 Ogos. Ini menurut pihak polis dan media pada Isnin (20 Ogos).

Pihak berkuasa bimbang sekiranya alat tersebut, yang mengandungi bahan radioaktif iridium, boleh mengakibatkan pendedahan kepada bahan radioaktif atau digunakan sebagai senjata oleh para militan, lapor New Straits Times, yang menukil beberapa sumber yang tidak dinamakan.

Alat seberat 23 kilogram, yang digunakan bagi radiografi perindustrian, dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan ke Shah Alam, di pinggir Kuala Lumpur, dari Seremban, sejauh 60 kilometer, tambah surat khabar itu.

"Ya, terdapat satu laporan dan kami sedang menjalankan siasatan," menurut ketua polis Selangor Mazlan Mansor, kepada Reuters dalam satu pesanan ringkas. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut.

Dua pekerja daripada firma yang memiliki alat tersebut sudah diberkas tetapi, kemudian dibebaskan kerana kekurangan bukti, menurut pihak media.

Sebarang kehilangan atau pencurian bahan radioaktif boleh jatuh ke tangan para militan yang mungkin akan cuba mencipta alat nuklear atau "bom kotor", menurut Agensi Atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Alat sedemikian menggabungkan bahan nuklear dengan bahan letupan biasa untuk mencemari sebuah kawasan dengan bahan radioaktif, berbanding dengan senjata nuklear, yang menggunakan pembelahan nuklear untuk mencetuskan letupan yang lebih kuat.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan