Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahamas diancam ribut tropika selepas taufan

Amaran ribut tropika di kawasan utara Bahamas dikeluarkan pada Jumaat (13 Sept) sedang Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memberi amaran mengenai bahaya perubahan iklim ketika melawat kepulauan yang dibadai taufan itu baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Bahamas diancam ribut tropika selepas taufan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Sep 2019 11:23AM Dikemas Kini : 14 Sep 2019 11:25AM

MIAMI: Amaran ribut tropika di kawasan utara Bahamas dikeluarkan pada Jumaat (13 Sept) sedang Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memberi amaran mengenai bahaya perubahan iklim ketika melawat kepulauan yang dibadai taufan itu baru-baru ini.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan di Miami, cuaca buruk dikesan berhampiran Bahamas dan dijangka menjadi ribu tropika hari ini (14 Sep).

Pakar-pakar kaji cuaca Bahamas berkata pulau Grand Bahama dan Abaco, yang paling terjejas teruk akibat Taufan Dorian, berada dalam laluan sistem cuaca yang semakin hampir itu.

Menurut Pengarah Jabatan Kaji Cuaca, Encik Trevor Basden, angin kencang pada kelajuan 100 kilometer sejam dan hujan lebat dijangka menyebabkan banjir di pulau yang sudah dinaiki air itu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Encik Carl Smith berkata ribut itu akan menjejas usaha-usaha bantuan dan pemulihan di Grand Bahama dan Abaco.

"Sistem cuaca akan melambatkan logistik. Bahan bakar dan bekalan air masih menjadi bahan keperluan utama di Abaco," kata Encik Smith dalam sidang akhbar di Nassau.

Dalam kenyataan yang diberikan, Encik Guterres berkata 75 peratus bangunan musnah di beberapa kawasan akibat taufan Dorian.

"Hospital-hospital sama ada musnah atau sesak. Sekolah-sekolah menjadi reruntuhan. Ribuan penduduk akan terus memerlukan bantuan bekalan makanan, air dan tempat perlindungan," katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan