Images
  • gempa (1)
    (Gambar: BERNAMA)

Bahagian utara Laut Maluku, Indonesia dilanda gempa sederhana

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.25 pagi Rabu (24 Feb).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 138 kilometer (km) selatan dari Kepulauan Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan tersebut. 

- BERNAMA/TQ/tq

Top