Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Badan agama Kelantan jalankan siasatan terhadap lelaki yang didakwa kahwin budak 11 tahun

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) belum menerima laporan atau aduan berkaitan isu seorang lelaki berumur 41 tahun mengahwini budak perempuan berusia 11 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Badan agama Kelantan jalankan siasatan terhadap lelaki yang didakwa kahwin budak 11 tahun

(Gambar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK)/ Facebook)

Diterbitkan : 30 Jun 2018 08:30PM Dikemas Kini : 30 Jun 2018 08:36PM

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) belum menerima laporan atau aduan berkaitan isu seorang lelaki berumur 41 tahun mengahwini budak perempuan berusia 11 tahun.

Pengarah JAHEAIK Che Mohd Rahim Jusoh berkata setakat ini, maklumat yang tular di media sosial itu menyatakan lelaki berkenaan berkahwin di negara jiran.

Bagaimanapun, katanya, JAHEAIK akan menjalankan siasatan kerana perkahwinan di negara jiran perlu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah dan ibu bapa kerana pasangan perempuan masih di bawah umur.

“Walaupun perkahwinan itu berlangsung di negara jiran, pihak lelaki dan wanita perlu memohon kebenaran mahkamah. Undang-undang negara ini hanya membenarkan wanita berusia 18 tahun ke atas untuk berkahwin tanpa kebenaran Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau menambah, jika mendapat kebenaran Mahkamah Syariah, wanita yang berusia 18 tahun ke bawah boleh berkahwin kerana undang-undang Islam membenarkan mereka berkahwin.

Encik Mohd Rahim berkata perkahwinan membabitkan perempuan bawah umur juga perlu berwalikan bapa dan mendapat kebenaran ibu bapa selain perkahwinan itu tidak boleh berwali hakim sebagai tanda ibu bapa bersetuju dengan perkahwinan khususnya melibatkan kanak-kanak.

"Bagi lelaki yang ingin melangsungkan perkahwinan dengan perempuan bawah umur, dia dinasihatkan supaya memohon kebenaran mahkamah dan perkahwinan itu berlangsung di negara ini bagi mengelakkan mereka didenda.

"Jika mereka berkahwin di negara jiran dan mahu mendaftar perkahwinan di negara ini, Mahkamah Syariah boleh mengeluarkan denda sebanyak RM1,000 (S$300)," katanya.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki didakwa melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial.

Lelaki itu, yang dikatakan berasal dari Gua Musang, didakwa melangsungkan perkahwinan di negara jiran dengan ditemani ibu bapa budak perempuan itu yang dikatakan warga negara jiran.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan