Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sarawak pada paras sederhana

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya berada dalam kategori sederhana setakat pukul 11.00 pagi ini (16 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Bacaan Indeks Pencemaran Udara di Sarawak pada paras sederhana
Diterbitkan : 16 Aug 2019 02:10PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 02:13PM

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya berada dalam kategori sederhana setakat pukul 11.00 pagi ini (16 Ogos).

Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatat penurunan bacaan IPU iaitu dari IPU 92 pada pukul 9.00 pagi kepada IPU 91 ketika ini yang diklasifikasikan pada tahap sederhana.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di SK Kuala Baram 2 menunjukkan sedikit peningkatan dan turut berada dalam kategori sederhana iaitu daripada bacaan 63 pada pukul 9.00 pagi kepada bacaan 64 pada pukul 11.00 pagi.

Seterusnya, keadaan jerebu di Sri Aman juga berada dalam keadaan sederhana dengan bacaan IPU 60. Bacaan IPU di Sibu, Miri dan Kuching pula kekal pada kategori sederhana dengan masing-masing pada bacaan IPU 59, 59 dan 76.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan mutu udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan