Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Babi hutan sesat dalam masjid, jemaah cedera disondol

 Jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid di Sungai Plong gempar apabila seekor babi hutan tiba-tiba merempuh masuk ke dalam dewan solat.

Anggaran Waktu Membaca:
Babi hutan sesat dalam masjid, jemaah cedera disondol

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 07 Mar 2018 05:16PM Dikemas Kini : 07 Mar 2018 07:44PM

SUNGAI BULOH: Jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid di Sungai Plong gempar apabila seekor babi hutan tiba-tiba merempuh masuk ke dalam dewan solat.

Demikian menurut laporan Astro AWANI.

Dalam insiden di Masjid Sungai Plong semalam (6 Mac), babi hutan tersebut dikatakan tersesat dan memasuki ruang utama ketika jemaah sedang menunaikan solat sunat selepas waktu Maghrib.

Babi hutan itu dilaporkan turut mengejar jemaah termasuk kanak-kanak yang berada di luar dewan berkenaan selain merempuh dua buah motosikal yang berada di pekarangan masjid.

Haiwan liar itu bagaimanapun berjaya ditembak seorang jemaah yang memiliki senapang patah.

Astro AWANI melaporkan bahawa seorang jemaah dipercayai cedera akibat disondol babi tersebut.

Ekoran kejadian itu, solat Isyak terpaksa dilakukan di luar dewan berkenaan.

Sumber : Agensi berita/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan