Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Azmin setuju tiada tempoh muktamad 2 tahun untuk Dr Mahathir undurkan diri

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali hari ini (13 Jul) membayangkan beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir bahawa tiada persetujuan muktamad untuk peralihan kuasa kepimpinan berlaku dalam tempoh dua tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Azmin setuju tiada tempoh muktamad 2 tahun untuk Dr Mahathir undurkan diri

Gambar fail Azmin Ali. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 03:07PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 03:09PM

KUALA LUMPPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia Mohamed Azmin Ali hari ini (13 Jul) membayangkan beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir bahawa tiada persetujuan muktamad untuk peralihan kuasa kepimpinan berlaku dalam tempoh dua tahun.

Apabila Malaysiakini meminta beliau mengulas kenyataan Mukhriz yang dilaporkan Nikkei Asian Review, Azmin tersenyum dan hanya berkata "setuju".

Beliau ditemui di luar pelancaran 'Aspire Career Fair' yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Azmin ditanya sama ada beliau bersetuju tiada ketetapan muktamad bahawa Dr Mahathir Mohamad perlu menyerahkan jawatannya selaku perdana menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun.

"Tiada perjanjian peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun.

"Mungkin ada cadangan seperti itu, tapi tiada yang dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan," ujar Mukhriz seperti dipetik dalam wawacara dua hari lalu.

Dalam wawancara berkenaan, lapor Malaysiakini, Mukhriz juga berkata persetujuan umum dalam Pakatan Harapan adalah Dr Mahathir perlu diberikan masa untuk memperbaiki masalah ekonomi negara sebelum berundur. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan