Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Azmin Ali serah siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan menyeluruh berhubung penularan video skandal seks yang mengaitkan beliau dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Azmin Ali serah siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa

Gambar fail Azmin Ali. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 15 Jun 2019 05:16PM Dikemas Kini : 15 Jun 2019 05:18PM

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk membuat siasatan menyeluruh berhubung penularan video skandal seks yang mengaitkan beliau dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz baru-baru ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berjanji akan memberikan sepenuh komitmen terhadap siasatan itu turut berharap proses siasatan tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

“Saya sudah memberikan sepenuh komitmen dan saya harap tiada siapa yang mengganggu tugas mereka (untuk menyiasat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Akrab Aidilfitri Masjid Bukit Antarabangsa hari ini (15 Jun) yang turut dihadiri penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Encik Mohd Khalid Jiwa.

Encik Azmin berkata setakat ini polis belum memanggilnya bagi membantu siasatan tetapi sudah mengambil keterangan pembantunya Encik Muhammad Hilman Idham, semalam (14 Jun) dan akan disambung pada Isnin (17 Jun).

Mengenai desakan beberapa pihak yang mahukan beliau berehat daripada tugasnya sebagai menteri bagi memberi ruang terhadap siasatan video itu, Encik Azmin berkata beliau akan meneruskan tugasnya dalam kerajaan, juga sebagai pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan