Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Azmin Ali jawab isu beliau pergi 'bercuti' dengan Hishamuddin Hussein

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata beliau sekadar "terserempak" dengan Anggota Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein ketika bercuti bersama keluarga masing-masing di Maghribi baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Azmin Ali jawab isu beliau pergi 'bercuti' dengan Hishamuddin Hussein

Encik Mohamed Azmin Ali. (Gambar: Azmin Ali/Facebook)

Diterbitkan : 06 Jan 2019 07:38PM Dikemas Kini : 06 Jan 2019 07:39PM

SEMENYIH: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali berkata beliau sekadar "terserempak" dengan Anggota Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein ketika bercuti bersama keluarga masing-masing di Maghribi baru-baru ini.

Menurutnya, tiada sebarang perbincangan politik diadakan ketika itu dan meminta masyarakat umum supaya berfikiran lebih terbuka dalam hal ini.

“Saya tidak bercuti dengan Hishammuddin, cuma terserempak dengan beliau di Morocco. I met many Malaysians there (Saya ketemu ramai orang Malaysia di sana), tak jadi isupun," kata Encik Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, kepada para wartawan selepas menyerahkan kunci kepada penghuni sebuah pangsapuri baru hari ini (6 Jan).

Beliau menarik perhatian bahawa hubungannya dengan bekas naib presiden UMNO itu bermula sejak puluhan tahun dulu.

"Malah semasa saya pembangkang pun saya hadir perkahwinan anak beliau,” kata Encik Mohamed Azmin ketika menjawab pertanyaan mengenai sekeping gambar yang memaparkan kedua-dua mereka bersama keluarga masing-masing yang dilapor dirakamkan di Maghribi.

Ia mencetuskan pelbagai tanda tanya terutama spekulasi mengenai kerjasama politik antara Encik Mohamed Azmin dan Encik Hishammuddin.

“Kita perlu lebih civilised (bertamadun), jangan ingat bila jumpa mesti ada perbincangan politik. Untuk kebaikan negara kita perlu baik dengan semua orang,” kata Encik Mohamed Azmin.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan