Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Azan berkumandang di gereja Melbourne, masyarakat 2 agama saling mengenali

Masyarakat selalu diperlihatkan dengan kelahiran golongan pelampau dalam kalangan penganut setiap agama, yang bertindak ganas terhadap penganut dan agama lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Azan berkumandang di gereja Melbourne, masyarakat 2 agama saling mengenali

Gambar: Carton Church of Nations/Facebook

Diterbitkan : 06 Jun 2018 08:39AM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 08:51AM

MELBOURNE: Masyarakat selalu diperlihatkan dengan kelahiran golongan pelampau dalam kalangan penganut setiap agama, yang bertindak ganas terhadap penganut dan agama lain.

Namun, lain pula keadaannya di Melbourne, Australia apabila masyarakat beragama Kristian menjemput umat Islam berbuka puasa di sebuah gereja yang dikenali sebagai Church of All Nations.

Menurut Astro AWANI, media tempatan melaporkan, azan Maghrib turut berkumandang di dalam gereja tersebut sebagai penghormatan dan memperingati majlis berbuka puasa masyarakat Islam di Melbourne yang diadakan di gereja mereka.

Salah seorang daripada anggota masyarakat Islam di situ melaungkan azan sambil berdiri menghadap arah kiblat, namun secara kebetulan ia berdepan dengan kedudukan salib besar di gereja berkenaan.

Sebelum makan malam dihidangkan, tetamu Muslim dialu-alukan untuk menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu di ruang yang disediakan, tanpa mempunyai tanda salib.

Imam kelahiran Turki, Sheikh Mahmud Kurcu mengucapkan terima kasih atas jemputan tersebut dan berpendapat bahawa setiap agama haruslah saling membantu.

“Kegiatan seperti ini akan mencapai matlamat utama kita, bukan sahaja mempunyai sikap bertolak ansur malah penerimaan terhadap agama lain.

“Walaupun terdapat perbezaan antara kami tetapi kami tetap harus saling membantu,” tambah Sheikh Mahmud.

Beliau juga menjelaskan bahawa setiap kali insiden buruk berlaku yang melibatkan umat Islam, kebiasaannya pihak gereja akan menghulurkan bantuan terlebih dahulu.

Astro AWANI melaporkan Sheikh Mahmud berkongsi bahawa pada tahun depan, gilirannya pula untuk menjemput mereka berbuka di masjid.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan