Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ayatollah Ali Khamenei didakwa luluskan serangan Iran terhadap Saudi

Pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei meluluskan serangan hujung minggu lalu ke atas prasarana Arab Saudi, lapor media Amerika Syarikat CBS News pada Rabu (19 Sep), menukil seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak didedahkan namanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2019 08:51PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 09:02PM

WASHINGTON: Pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei meluluskan serangan hujung minggu lalu ke atas prasarana Arab Saudi, lapor media Amerika Syarikat CBS News pada Rabu (19 Sep), menukil seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak didedahkan namanya.

Laporan itu disiarkan selepas Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo tiba di Jeddah untuk berbincang dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengenai serangan tersebut.

Encik Pompeo memberi amaran Amerika Syarikat menyokong hak Arab Saudi "untuk mempertahankan dirinya" dan tindak tanduk Iran itu 'tidak boleh diterima sama sekali."

Encik Pompeo sebelum itu mengisytiharkan serangan-serangan ke atas loji minyak ArabSaudi itu sebagai suatu "tindakan peperangan".

Sementara itu duta besar Arab Saudi di Jerman berkata "semua pilihan sedang dipertimbangkan berhubung tindak balas terhadap serangan-serangan tersebut".

Awal dari itu Arab Saudi menunjukkan bukti-bukti bagi menyokong dakwaannya, bahawa Iran adalah dalang serangan ke atas kemudahan minyak Aramco.

Pegawai tentera berpangkat Kolonel Saudi mendedahkan sisa-sia dron dan peluru berpandu yang didakwa digunakan oleh Iran dalam serangan hujung minggu lalu.

Beliau berkata bukti-bukti ini tidak syak lagi menunjukkan senjata tersebut dilancarkan dari Iran dan bukannya dari Yaman, seperti mana yang didakwa Iran.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : AFP/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan