Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Austria laksana semula perintah berkurung bagi bendung kes baru COVID-19

Austria menjadi negara Eropah Barat pertama melaksanakan semula perintah berkurung selepas proses vaksinasi menyusuli peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Austria laksana semula perintah berkurung bagi bendung kes baru COVID-19

Jalan-jalan lengang di Vienna, Austria pada 22 Nov 2021 sedang negara itu melaksanakan semula perintah berkurung COVID-19. (Gambar: GEORG HOCHMUTH/APA/AFP)

Diterbitkan : 23 Nov 2021 12:48PM Dikemas Kini : 23 Nov 2021 12:53PM

VIENNA: Austria menjadi negara Eropah Barat pertama melaksanakan semula perintah berkurung selepas proses vaksinasi menyusuli peningkatan kes COVID-19 di negara itu.

Ia menyaksikan penutupan premis perniagaan bukan kritikal, bar dan kafe selama 10 hari sebagai langkah kawalan mengelak penularan wabak menjelang musim sejuk tidak lama lagi.

Pemerintah Austria turut mengumumkan akan mewajibkan rakyatnya mendapatkan vaksin menjelang 1 Feb 2022.

Dasar ini dijangka mendapat tentangan memandangkan majoriti rakyat menyuarakan keraguan terhadap vaksinasi.

Pelaksanaan semula perintah sekatan juga mencetus bantahan yang menyaksikan sekitar 40,000 penunjuk perasaan mengadakan bantahan di jalan raya utama Vienna pada hujung minggu lalu.

Sehingga kini, satu pertiga daripada penduduk Austria masih belum divaksin.

Perangkaan tersebut adalah antara yang tertinggi di Eropah Barat.

Pihak berkuasa mengaitkan gelombang peningkatan kes baru itu dengan golongan individu yang tidak divaksin.

Sumber : Agensi berita/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan