Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia umum pembukaan semula pusat tahanan Pulau Christmas

Kerajaan Australia akan membuka semula pusat tahanannya di Pulau Christmas bagi menampung kemungkinan bertambahnya rakyat asing yang mahu mencari suaka di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia umum pembukaan semula pusat tahanan Pulau Christmas

Kerajaan Australia akan membuka semula pusat tahanannya di Pulau Christmas. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 04:05PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 04:09PM

SYDNEY: Kerajaan Australia akan membuka semula pusat tahanannya di Pulau Christmas bagi menampung kemungkinan bertambahnya rakyat asing yang mahu mencari suaka di negara itu.

Para anggota parlimen bebas dan pihak pembangkang daripada parti Buruh mengundi menyokong pindaan kepada undang-undang imigresen Australia yang tegar.

Pindaan itu memberi hak kepada para doktor untuk menghantar para penghuni di dua pusat tahanan imigresen Australia di Papua New Guinea dan Nuaru yang sakit ke Australia untuk mendapatkan rawatan.

Kira-kira 1,000 pendatang lelaki dan wanita berada di dua pusat tahanan di Pasifik tersebut.

Kerajaan Australia menyatakan pindaan tersebut mungkin menggalakkan lebih ramai rakyat asing cuba menyusup ke negara itu bagi mendapatkan suaka.

Lantaran itu, pusat tahanan di Pulau Christmas yang ditutup 10 tahun lalu akan dibuka semula bagi menampung para pendatang haram baru serta tahanan yang hendak dipindahkan dari Papua New Guinea dan Nauru.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan