Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia tidak tergesa-gesa buka semula sempadan: PM Scott Morrison

Australia tidak tergesa-gesa untuk membuka semula sempadan antarabangsa dan menimbulkan risiko terhadap gaya kehidupan yang hampir bebas daripada koronavirus di negara itu, kata Perdana Menteri Scott Morrison pada Ahad (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Australia tidak tergesa-gesa buka semula sempadan: PM Scott Morrison

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 08:43AM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 08:46AM

MELBOURNE: Australia tidak tergesa-gesa untuk membuka semula sempadan antarabangsa dan menimbulkan risiko terhadap gaya kehidupan yang hampir bebas daripada koronavirus di negara itu, kata Perdana Menteri Scott Morrison pada Ahad (18 Apr).

Australia menutup sempadan kepada semua pengunjung bukan rakyat dan penduduk pada Mac 2020 dan hanya membenarkan ketibaan pelawat antarabangsa secara terhad dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kebanyakannya rakyat Australia yang pulang dari luar negara.

Penutupan sempadan dan sekatan pergerakan mendadak, penjejakan kontak yang pantas dan pematuhan tinggi langkah-langkah sekatan dalam masyarakat, menjadikan Australia salah satu negara di dunia yang berjaya membendung pandemik itu.

Australia mencatatkan sekitar 29,500 kes COVID-19 dan 910 kematian.

"Australia tidak tergesa-gesa untuk membuka semula sempadannya, saya jamin," kata Encik Morrison dalam satu taklimat yang disiarkan.

"Saya tidak akan meletakkan cara kehidupan yang kita sedang jalani di negara ini, dalam risiko. Kita amat berbeza dengan negara-negara yang lain hari ini."

Untuk beberapa bulan sekarang, kecuali bagi sesetengah sekatan pergerakan mendadak, para penduduk Australia dapat makan di luar, berkumpul secara terbuka dan tidak perlu memakai pelitup di kebanyakan tempat.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan