Australia Selatan tamatkan perintah berkurung 3 hari lebih awal
Larangan orang ramai keluar rumah di wilayah Australia Selatan akan dimansuhkan mulai tengah malam nanti (23 Nov).
ADELAIDE: Larangan orang ramai keluar rumah di wilayah Australia Selatan akan dimansuhkan mulai tengah malam nanti (23 Nov).
Perintah larangan itu dikuatkuasakan pada Jumaat (20 Nov) dan sepatutnya berlangsung selama enam hari setelah seorang lelaki yang diuji positif COVID-19 berbohong kepada pasukan pengesan kontak.
Perbuatan lelaki itu mencetuskan kebimbangan berlakunya penularan besar-besaran. Bagaimanapun masalah tersebut sudah dapat diatasi.
Pada Sabtu (21 Nov), hanya ada satu kes baru COVID-19 dilaporkan di Australia Selatan.
Secara keseluruhannya masih ada 37 kes aktif di wilayah itu berikutan penularan baru berpunca dari seorang penduduknya yang pulang dari Britain pada minggu lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.