Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia pertingkat vaksinasi COVID-19; pendaftaran bagi kanak-kanak dimulakan

Australia akan memperluaskan vaksinasi COVID-19 pada Isnin (13 Sep) untuk merangkumi sekitar 1 juta kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun sedang ia mendapatkan bekalan tambahan dalam usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi di tengah-tengah lonjakan pada jumlah jangkitan di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia pertingkat vaksinasi COVID-19; pendaftaran bagi kanak-kanak dimulakan

Pesanan kesihatan awam COVID-19 di Sydney, Australia (Gambar: REUTERS/Loren Elliott)

Diterbitkan : 13 Sep 2021 10:26AM Dikemas Kini : 13 Sep 2021 10:35AM

SYDNEY: Australia akan memperluaskan vaksinasi COVID-19 pada Isnin (13 Sep) untuk merangkumi sekitar 1 juta kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun sedang ia mendapatkan bekalan tambahan dalam usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi di tengah-tengah lonjakan pada jumlah jangkitan di negara itu.

Australia sedang bergelut untuk mengawal gelombang ketiga koronavirus yang disebabkan oleh penularan varian Delta yang sangat mudah berjangkit dan ia sudah menguatkuasakan perintah berkurung di bandar-bandar besar seperti Sydney dan Melbourne. Ia juga sedang mempercepatkan pengagihkan vaksin yang pada awalnya lembap dilaksanakan.

Jumlah jangkitan yang terus meningkat mendorong pihak berkuasa untuk mendapatkan bekalan vaksin bagi kegunaan darurat. Tambahan 1 juta dos Moderna dibeli daripada Kesatuan Eropah pada Ahad sementara perjanjian pertukaran vaksin dengan Britain dan Singapura dipersetujui sejak dua minggu yang lalu.

Leftenan Jeneral John Frewen, ketua pasukan petugas vaksinasi, berkata bekalan vaksin mungkin mencukupi pada pertengahan Oktober untuk memvaksin sepenuhnya setiap penduduk yang layak.

Dengan kadar vaksinasi dos pertama mencecah hampir 80 peratus di New South Wales, sesetengah sekatan yang ketat dilonggarkan bagi penduduk yang lengkap divaksin di Sydney, ibu kota wilayah itu.

Satu kes yang pertama kali dikesan di Sydney pada Jun sudah merebak ke Melbourne dan Canberra, mencetuskan penularan terburuk di negara itu.

Meskipun jumlah kes harian adalah sekitar 2,000, dianggap agak rendah berbanding negara-negara lain, seang para pegawai bimbang akan berlaku lebih banyak kematian dan kemasukan ke hospital dengan hanya sekitar 42 peratus penduduk berusia 16 tahun ke atas yang sudah divaksin sepenuhnya. Sebanyak 473 kes baru dikesan di Victoria, di mana terletaknya Melbourne, meningkat daripada 392 pada Ahad.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan di Australia kini sekitar 73,600, termasuk 1,091 kematian, namun kadar kematian dalam penularan terbaru lebih rendah berbanding tahun lalu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan