Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia pertahan langkah geledah rumah wartawan China

Menteri Ehwal Dalam Negeri Australia Peter Dutton pada Ahad (13 Sep) mempertahankan hak kerajaan untuk melakukan serbuan perisikan untuk mencegah campur tangan asing, setelah China mengecam penggeledahanyang dilakukan ke atas rumah wartawannya yang bekerja di Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia pertahan langkah geledah rumah wartawan China

Bendera Australia berkibaran semasa majlis sambut lawatan PM Malcolm Turnbull di Beijing, China, pada 14 Apr 2016. (Gambar fail: REUTERS/Jason Lee)

Diterbitkan : 13 Sep 2020 05:59PM Dikemas Kini : 13 Sep 2020 06:06PM

MELBOURNE: Menteri Ehwal Dalam Negeri Australia Peter Dutton pada Ahad (13 Sep) mempertahankan hak kerajaan untuk melakukan serbuan perisikan untuk mencegah campur tangan asing, setelah China mengecam penggeledahanyang dilakukan ke atas rumah wartawannya yang bekerja di Australia.

Encik Dutton enggan mengesahkan secara langsung sama ada wartawan-wartawan China disoal siasat oleh agensi perisikan Australia pada Jun. Beliau sekadar berkata bahawa siasatan masih dijalankan dan ada beberapa "aktiviti" yang dilakukan oleh agensi perisikan negara itu.

"Sekiranya (Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia) mempunyai alasan yang cukup untuk melaksanakan waran penggeledahan, atau untuk kegiatan lainnya, maka mereka akan menjalankan aktiviti itu," kata Encik Dutton seperti disiarkan oleh Perbadanan Penyiaran Australia (ABC).

"Apabila ada orang yang menyamar sebagai wartawan atau pemimpin perniagaan atau siapa pun, dan terdapat bukti bahawa mereka bertindak bertentangan dengan undang-undang Australia, maka .... agensi tersebut akan bertindak."

Serbuan tersebut didedahkan oleh kementerian luar China minggu lalu setelah dua wartawan Australia meninggalkan China setelah disoal siasat oleh polis negara itu. Menteri perdagangan Australia berkata pada Jumaat (11 Sep) bahawa agensi perisikan bertindak berdasarkan bukti yang berkaitan dengan siasatan campur tangan asing.

Pada Sabtu, media pemerintah China mengecam langkah melakukan penggeledahan itu.

Hubungan Australia dengan China yang merupakan rakan perdagangan terbesarnya semakin memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini setelah Canberra meminta siasatan dijalankan tentang punca penularan COVID-19, yang mencetuskan kemarahan Beijing.

China mengenakan sekatan perdagangan ke atas sejumlah produk termasuk barli dan wain, mendorong Australia untuk mengetatkan ujian keselamatan negara untuk pelaburan asing.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan