Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia pecat askar pasukan khas terlibat dalam pembunuhan 39 orang awam Afghanistan

Pihak berkuasa pertahanan Australia memulakan proses untuk memecat anggota rejimen perkhidmatan khas elit yang terlibat dalam pembunuhan 39 orang awam di Afghanistan, lapor agensi berita Anadolu menurut media tempatan pada Khamis (26 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Australia pecat askar pasukan khas terlibat dalam pembunuhan 39 orang awam Afghanistan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 27 Nov 2020 08:08AM Dikemas Kini : 27 Nov 2020 08:11AM

ANKARA: Pihak berkuasa pertahanan Australia memulakan proses untuk memecat anggota rejimen perkhidmatan khas elit yang terlibat dalam pembunuhan 39 orang awam di Afghanistan, lapor agensi berita Anadolu menurut media tempatan pada Khamis (26 Nov).

Anggota berkenaan sudah menerima notis penamatan tugas daripada Jabatan Pertahanan, lapor ABC News.

"Pihak pertahanan mengesahkan telah mengambil tindakan pentadbiran terhadap sejumlah anggota Angkatan Tentera Australia mengikut undang-undang dan dasar pertahanan," kata seorang jurucakap.

Minggu lalu, pihak berkuasa Australia mendedahkan hasil siasatan mengenai sekurang-kurangnya 39 insiden pembunuhan orang awam oleh pasukan khas mereka di Afghanistan.

Hasil siasatan itu mendedahkan, terdapat maklumat sahih menunjukkan tentera Australia membunuh orang awam dan tahanan di Afghanistan. Seramai 25 anggota yang masih bertugas atau bekas tentera terlibat dalam jenayah berat itu, sama ada melakukan kesalahan atau sekurang-kurangnya menjadi "rakan subahat".

Minggu lalu, Panglima Angkatan Tentera Australia, Jeneral Angus Campbell mengemukakan permohonan maaf kepada rakyat Afghanistan.

"Kepada rakyat Afghanistan, bagi pihak Angkatan Tentera Australia, saya dengan memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan tentera Australia. Saya telah bercakap dengan rakan sejawatan saya di Afghanistan, Jeneral (Yaseen) Zia untuk menyampaikan permohonan maaf ini," katanya. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan