Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia-New Zealand mulakan perjalanan bebas kuarantin

Ratusan penumpang memenuhi lapangan terbang Australia pada Isnin (19 Apr) setelah sistem sempadan terbuka dengan New Zealand bermula.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia-New Zealand mulakan perjalanan bebas kuarantin

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 10:45AM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 10:47AM

SYDNEY: Ratusan penumpang memenuhi lapangan terbang Australia pada Isnin (19 Apr) setelah sistem sempadan terbuka dengan New Zealand bermula. Ia adalah satu titik pencapaian semasa pandemik yang membolehkan para penduduk Australia menaiki penerbangan ke sana buat pertama kali dalam masa lebih setahun tanpa perlu menjalani kuarantin untuk dua minggu.

Walaupun kebanyakan wilayah Australia membenarkan lawatan tanpa kuarantin oleh para penduduk New Zealand sejak lewat tahun lalu, New Zealand menguatkuasakan pengasingan bagi ketibaan dari negara jirannya, dengan memberi sebab ia prihatin tentang penularan sekali-sekala di sana.

Rakaman yang disiarkan di televisyen menunjukkan ratusan penumpang memenuhi terminal pelepasan antarabangsa di lapangan terbang Australia.

"Ia merupakan kali pertama dalam 400 hari orang ramai boleh melakukan perjalanan tanpa kuarantin dan kami menambah 16 khidmat penerbangan ulang-alik sehari ke New Zealand, dan kesemuanya sudah habis ditempah," kata ketua eksekutif Qantas Alan Joyce kepada Australian Broadcasting Corp pada Isnin (19 Apr).

Sempadan terbuka itu akan memacu pemulihan ekonomi bagi kedua-dua negara dan menyatukan ribuan orang dengan keluarga-keluarga dan teman-teman mereka, kata Perdana Menteri Australia Scott Morrison dan Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern dalam satu kenyataan bersama.

"Ia benar-benar sangat mengghairahkan untuk mula lakukan perjalanan bebas kuarantin bersama Australia. Sama ada ia keluarga, teman-teman atau mereka yang pulang dari bercuti, New Zealand mengatakan selamat datang dan selamat menikmatinya," kata Cik Ardern.

Kedua-dua Australia dan New Zealand menutup sebahagian besar sempadan mereka kepada golongan bukan warganegara dan penduduk tetap lebih setahun lalu, yang membantu mengawal jumlah kes jangkitan COVID-19 pada tahap yang lebih rendah berbanding banyak negara maju lain di dunia.

Meskipun begitu, Encik Morrison dan Cik Ardern memberi amaran kepada para pelawat supaya bersiap sedia bagi gangguan terhadap aturan perjalanan mereka dalam masa yang singkat jika penularan COVID-19 berlaku, dan berkata risiko perjalanan bebas kuarantin akan "terus dikaji semula".

Kedua-dua pemimpin mengetengahkan kemungkinan melanjutkan perjalanan bebas kuarantin kepada negara-negara lain di rantau Pasifik apabila "ia selamat untuk berbuat demikian".

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan