Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia mula buka pintu bagi segelintir pelajar China setelah disekat dek COVID-19

Pemerintah Australia menyatakan pada Sabtu (22 Feb) bahawa pihaknya akan membenarkan kepulangan segelintir pelajar sekolah tinggi warga China yang dihalang memasuki negara itu akibat sekatan virus korona itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Australia mula buka pintu bagi segelintir pelajar China setelah disekat dek COVID-19

(Gambar: Peter Parks)

Diterbitkan : 22 Feb 2020 06:18PM Dikemas Kini : 22 Feb 2020 06:20PM

MELBOURNE: Pemerintah Australia menyatakan pada Sabtu (22 Feb) bahawa pihaknya akan membenarkan kepulangan segelintir pelajar sekolah tinggi warga China yang dihalang memasuki negara itu akibat sekatan virus korona itu. Ini sekali gus membuka pintu kepada pasaran yang memainkan peranan utama bagi ekonominya.

Ribuan pelajar warga China dihalang memasuki Australia setelah cuti panjang musim panas bagi memulakan sekolah dan universiti bulan ini, apabila pihak pemerintah menguatkuaskan larangan perjalanan bagi kebanykkan individu yang melakukan perjalanan dari China.

Para pegawai Australia menyatakan bahawa sekatan yang akan dilonggarkan secara bertahap-tahap itu akan membenarkan seramai 760 pelajar warga China untuk menghantar permohonan untuk pulang. Mereka dari Hubei bagaimanapun masih disekat.

Para pelajar itu akan dipertimbangkan secara satu persatu dan mereka yang berjaya akan dikenakan perintah kuarantin selama 14 hari, mulai hari mereka tiba di Australia, menurut para pegawai.

"Amat penting untuk kami berusaha mengembalikan keadaan seperti sedia kala bagi pasaran pelajar antarabangsa," menurut Menteri Pendidikan Dan Tehan kepada para wartawan. " Ia adalah langkah kecil yang kami sedang ambil, ia adalah langkah berjaga-jaga."

Menurut Encik Tehan, pemerintah akan menimbangkan pada minggu depan sama ada untuk membenarkan kepulangan para pelajar pendidikan tinggi.

Para pelajar warga China merangkumi hampir 40 peratus daripada jumlah pelajar pendidikan tinggi antarabangsa di Australia pada 2018, menurut data rasmi terkini.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan