Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia manfaatkan cuaca baik pergiat usaha padam kebakaran

Pihak bomba mengambil kesempatan keadaan cuaca yang lebih baik di Australia hari ini (7 Jan) untuk mempergiat gerakan mengawal kebakaran. Lebih 200 kebakaran sedang berlaku di tenggara Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia manfaatkan cuaca baik pergiat usaha padam kebakaran

(Gambar: Saeed Khan/AFP)

Diterbitkan : 07 Jan 2020 07:16PM Dikemas Kini : 07 Jan 2020 07:22PM

NEW SOUTH WALES: Pihak bomba mengambil kesempatan keadaan cuaca yang lebih baik di Australia hari ini (7 Jan) untuk mempergiat gerakan mengawal kebakaran.

Lebih 200 kebakaran sedang berlaku di tenggara Australia.

Perangkaan rasmi terkini menunjukkan kawasan seluas 10.3 juta hektar di Australia sudah dijilat api.

Hampir 2,000 rumah musnah.

Pihak insurans menerima sekitar 9,000 tuntutan berkaitan dengan kebakaran sejak bencana itu berlaku November lalu.

Majlis Insurans Australia meletakkan nilai tuntutan pada lebih $400 juta, dengan jumlahnya dijangka terus meningkat apabila lebih banyak kawasan kebakaran dapat dimasuki pasukan bomba.

Setakat ini 25 orang terkorban.

Sementara itu Perdana Menteri Australia, Scott Morrison kian menerima tekanan supaya kerajaannya mengambil tindakan segera mengatasi perubahan iklim.

Bantahan-bantahan dirancang Jumaat ini di beberapa wilayah Australia bagi menuntut penyingkiran Encik Morrison.

Beliau telah mengumumkan peruntukan AS$1.4 bilion (S$1.89 bilion) bagi rancangan pemulihan daripada kebakaran.

Namun pakar-pakar mengatakan apa yang lebih membimbangkan sekarang adalah kemungkinan kebakaran-kebakaran di Victoria dan New South Wales bercantum sehingga menjadi tidak terkawal. 

Sumber : Agensi berita/MM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan