Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia lapor kematian pertama akibat darah beku 'mungkin' kerana vaksin AstraZeneca

Australia pada Jumaat (16 April) melaporkan kematian pertamanya akibat pembekuan darah yang berkaitan dengan vaksin AstraZeneca COVID-19. Ini setelah pengawal selia negara itu menyatakan kematian seorang wanita berusia 48 tahun "kemungkinan" berkaitan dengan suntikan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia lapor kematian pertama akibat darah beku 'mungkin' kerana vaksin AstraZeneca

Suntikan mengandungi vaksin COVID-19 AstraZeneca (Gambar: REUTERS/Alessandro Garofalo)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 10:48PM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 10:52PM

SYDNEY: Australia pada Jumaat (16 April) melaporkan kematian pertamanya akibat pembekuan darah yang berkaitan dengan vaksin AstraZeneca COVID-19. Ini setelah pengawal selia negara itu menyatakan kematian seorang wanita berusia 48 tahun "kemungkinan" berkaitan dengan suntikan itu.

Kumpulan Siasatan Keselamatan Vaksin Australia (VSIG), yang mengadakan mesyuarat pada Jumaat, menyimpulkan bahawa kematian wanita New South Wales itu mungkin berkaitan dengan vaksinasi, menurut Pentadbiran Barangan Terapi (TGA) dalam satu kenyataan.

"Oleh kerana tiada sebab alternatif untuk sindrom klinikal itu, VSIG percaya bahawa hubungan penyebab dengan vaksinasi perlu diandaikan buat masa ini," menurut TGA.

Ini merupakan kes ketiga pembekuan darah, yang sebenarnya jarang berlaku dan dikaitkan dengan vaksin itu di Australia, dengan dua pesakit lain beransur pulih dengan baik, tambah TGA.

Wanita berusia 48 tahun itu meninggal dunia empat hari setelah menerima vaksinasi.

TGA menyatakan kesnya dirumitkan oleh masalah kesihatan yang sudahpun dialaminya, termasuk kencing manis, "serta beberapa ciri yang bukan normal".

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan