Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia kuat kuasa undang-undang sasar firma media sosial

Eksekutif media sosial bakal berdepan hukuman penjara, jika mereka gagal membuang kandungan yang disifatkan ekstrem, daripada platform masing-masing dengan serta-merta.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2019 06:20PM Dikemas Kini : 04 Apr 2019 10:05PM

SYDNEY: Eksekutif media sosial bakal berdepan hukuman penjara, jika mereka gagal membuang kandungan yang disifatkan ekstrem, daripada platform masing-masing dengan serta-merta.

Undang-undang itu diluluskan Kerajaan Australia hari ini (4 Apr), susulan penstriman secara langsung insiden tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Anggota Parlimen sebulat suara mengundi memihak kepada undang-undang itu, mengakibatkan tindakan tidak membuang rakaman dianggap berunsur pengganasan, membunuh dan jenayah serius lain adalah satu kesalahan.

Berikutan itu, firma-firma seperti Facebook dan Youtube serta eksekutif mereka akan dipersalahkan, jika kandungan itu tidak dikeluarkan dari platform terbabit.

Syarikat-syarikat tersebut berdepan denda mencecah bilion dollar, atau 10 peratus daripada perolehan tahunan global, kerana gagal membenarkan ‘penyingkiran dengan segera’ bahan yang menyinggung.

Sementara itu, eksekutif platform terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun.

Syarikat-syarikat teknologi, pakar dasar dan kumpulan peguam membantah undang-undang tersebut yang menghadapi masa depan yang tidak menentu selepas pilihan raya yang dijangka pada bulan Mei.

Perdana Menteri Scott Morrison, yang menghadapi persaingan sengit untuk dipilih semula berkata: "Syarikat media sosial yang besar mempunyai tanggungjawab untuk mengambil segala tindakan yang perlu untuk memastikan produk teknologi mereka tidak dieksploitasi oleh pengganas."

Peguam Negara Christian Porter berkata undang-undang itu "kemungkinan besar yang pertama di dunia."

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan