Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia gesa EU hantar semua 3.8 juta dos vaksin COVID-19 yang sudah ditempah

Australia menggesa Kesatuan Eropah (EU) membenarkan ekport bagi kesemua 3.8 juta dos vaksin COVID-19 yang sudah ditempah negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia gesa EU hantar semua 3.8 juta dos vaksin COVID-19 yang sudah ditempah

Bebuli vaksin COVID-19 AstraZeneca. (Gambar: REUTERS/Yves Herman/File Photo)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 03:10PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 03:13PM

SYDNEY: Australia menggesa Kesatuan Eropah (EU) membenarkan ekport bagi kesemua 3.8 juta dos vaksin COVID-19 yang sudah ditempah negara itu.

Demikian menurut Perdana Menteri Scott Morrison hari ini (7 Apr), setelah EU menafikan bahawa ia menyekat bekalan 3.1 juta dos vaksin.

"Jika benar itu kedudukan Kesatuan Eropah bahawa mereka gembira untuk meluluskan lesen-lesen eksport dan 3.8 juta dos dihantar ke Australia, maka kami menggalakkan mereka melakukan demikian," kata Encik Morrison kepada para wartawan di Canberra.

Program vaksinasi Australia berjalan lebih lambat daripada yang dijadualkan, setelah ia dimulakan lewat berbanding negara-negara lain disebabkan jumlah rendah kes.

Tambahan lagi sekatan ke atas vaksin AstraZeneca menyukarkan Australia untuk mempercepat kempen vaksinasinya.

Hanya sekitar 670,000 orang di negara itu sudah menerima suntikan vaksin berbanding sasaran awal untuk menyuntik empat juta orang menjelang akhir bulan Mac.

Meskipun kerajaan negara itu menuding jari ke arah isu bekalan dari Eropah, kerajaan wilayah di Australia juga mengadu tentang proses pengagihannya yang jauh lebih perlahan daripada yang dijangkakan serta kurang jelas tentang bekalan vaksin. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan