Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia gantung perjalanan bebas kuarantin dari New Zealand

Australia pada Isnin (25 Jan) menggantung perjalanan bebas kuarantin kepada warga New Zealand untuk tempoh 72 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia gantung perjalanan bebas kuarantin dari New Zealand

Suasana lengang di sebatang jalan raya di Wellington, New Zealand, pada 20 Apr 2020. (Gambar: Marty Melville/AFP)

Diterbitkan : 25 Jan 2021 08:02PM Dikemas Kini : 25 Jan 2021 08:03PM

ANKARA: Australia pada Isnin (25 Jan) menggantung perjalanan bebas kuarantin kepada warga New Zealand untuk tempoh 72 jam setelah varian COVID-19 Afrika Selatan dikesan di New Zealand, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Kesihatan Australia Greg Hunt dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat atas nasihat Jawatankuasa Utama Perlindungan Kesihatan Australia “bagi mengurangkan risiko varian ini menjangkiti masyarakat Australia, yang telah terbukti lebih mudah tersebar antara individu.”

Ujian genomik menunjukkan seorang wanita berusia 56 tahun dari wilayah Northland di utara New Zealand dijangkiti varian COVID-19 Afrika Selatan.

Kerajaan Australia berkata semua pelancong yang tiba dari New Zealand dalam tempoh 72 jam akan datang perlu menjalani kuarantin 14 hari di hotel.

"Semua penumpang dari New Zealand dengan penerbangan zon perjalanan selamat hijau yang dijadualkan dalam 72 jam seterusnya disyorkan menimbang semula keperluan melakukan perjalanan," kata Hunt.

Sementara itu, Air New Zealand mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua penerbangan keluar dan masuk dari negara ini.

Sebelum ini, penumpang perlu memakai pelitup muka untuk perjalanan domestik dan beberapa penerbangan antarabangsa.

"Ketika ini, pelanggan yang mengikuti penerbangan domestik, serta antara Australia, Rarotonga, Samoa, Korea Selatan dan Tonga dikenakan syarat memakai pelitup muka oleh kerajaan tempatan,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Australia setakat ini melaporkan 28,777 kes COVID-19 dengan 909 kematian.

New Zealand, yang berjaya mengawal penularan penyakit ini, mencatatkan 2,288 kes dan 25 kematian.

Sumber : Bernama/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan