Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Australia disaran gubal undang-undang paksa pemimpin agama lapor penderaan kanak-kanak

Sebuah Suruhanjaya Diraja Australia sudah menerbitkan laporan terakhirnya mengenai penderaan seksual terhadap kanak-kanak di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2017 05:47PM Dikemas Kini : 15 Dec 2017 09:34PM

AUSTRALIA: Sebuah Suruhanjaya Diraja Australia sudah menerbitkan laporan terakhirnya mengenai penderaan seksual terhadap kanak-kanak di negara itu.

Antara lain ia menyarankan Australia supaya menggubal undang-undang bagi memaksa para pemimpin agama melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak.

Laporan siasatan lima tahun itu sebanyak 17 jilid sudah diserahkan kepada Gabenor Agung, Sir Peter Cosgrove.

Siasatan tersebut merupakan salah satu yang terbesar di dunia mengenai penderaan kanak-kanak.

Lebih 15,000 mangsanya sudah memberi keterangan mereka.

Penderaan yang berlaku selama puluhan tahun melibatkan pelbagai pihak seperti gereja, rumah anak yatim, kelab sukan, kumpulan belia dan sekolah.

Secara keseluruhannya lebih 4,000 institusi dituduh terbabit dalam penderaan seksual terhadap kanak-kanak, kebanyakannya yang dikendalikan pihak gereja Katolik.

Perdana Menteri Malcolm Turnbull sudahpun mengumumkan bahawa kerajaannya akan menyediakan sekitar AUD52 juta untuk membantu mangsa-mangsa jenayah itu.

Sumber : Reuters/Mu/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan