Images
  • australia lockdown
    (Gambar: AFP)

Australia Barat lapor sifar kes baru COVID-19

PERTH: Australia Barat melaporkan sifar kes COVID-19 dalam masyarakat buat hari kedua berturut-turut pada Isnin (3 Mei), yang meredakan kebimbangan mengenai sekatan pergerakan kedua dalam dua minggu setelah tiga kes koronavirus dikesan pada hujung minggu lalu.

Kes-kes baru itu memaksa para pegawai untuk melarang orang ramai daripada berkumpul di perlawanan ragbi pada Ahad dan menutup kelab-kelab malam hingga hujung minggu ini di ibu kota Perth, yang baru sahaja selesai menjalani sekatan pergerakan beberapa hari lalu berikutan satu kes COVID-19 yang dilaporkan.

"Kami akan mengkaji semula langkah-langkah pada hari mendatang, terutama sekali sedang kami menerima keputusan ujian, bagaimana keadaan berkembang (dan) sama ada atau tidak kami boleh menarik balik beberapa sekatan itu pada satu-satu waktu itu," kata Perdana Menteri wilayah Mark McGowan kepada wartawan di Perth.

Pihak berkuasa wilayah pada Sabtu (1 Mei) menyatakan terdapat kemungkinan sekatan pergerakan ketat akan dilaksanakan semula di Perth, iaitu bandar keempat terbesar di Australia, setelah seorang pengawal keselamatan kuarantin hotel dan dua rakan serumahnya diuji positif bagi COVID-19.

Meskipun tiada arahan duduk rumah dikeluarkan, orang ramai diminta supaya memakai pelitup apabila mereka berada di luar rumah.

- Reuters/HA/ha

Top