Australia ambil langkah berjaga-jaga, ronda masjid sekitar NSW
Polis di New South Wales (NSW) berkata mereka meningkatkan rondaan di sekitar masjid di wilayah Australia.
SYDNEY: Polis di New South Wales (NSW) berkata mereka meningkatkan rondaan di sekitar masjid di wilayah Australia itu susulan pengumuman Perdana Menteri Scott Morrison, penembak yang membunuh hampir 50 orang di dua masjid di Christchurch pada Jumaat (15 Mac), 'pengganas' sayap kanan asal sebuah bandar di NSW.
Polis menyatakan langkah yang diambil itu sebagai tindakan berjaga-jaga oleh kerana "sekarang ini tidak ada ancaman berterusan atau khusus terhadap mana-mana masjid atau tempat beribadah" di negeri itu.
Terdahulu, Encik Morrison, dengan penuh emosi mengucapkan takziah mendalam kepada warga New Zealand dan mengumumkan bendera di Australia akan dikibarkan separuh tiang bagi memperingati para mangsa.
"Kami bukan setakat sekutu, bukan setakat rakan kongsi, kami adalah satu keluarga," katanya.
Polis New Zealand sudah menahan tiga lelaki berhubung telah serangan-serangan itu, tetapi belum lagi mendedahkan identiti mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.