Atlit sertai separuh maraton India meskipun dianggap berisiko tinggi
Sebilangan atlit terbaik sukan lumba lari jarak jauh menyertai acara separuh maraton di ibu kota India, New Delhi.
NEW DELHI: Sebilangan atlit terbaik sukan lumba lari jarak jauh menyertai acara separuh maraton di ibu kota India, New Delhi.
Ribuan lagi menyertai acara tersebut di alam maya.
Ini meskipun beberapa amaran dikeluarkan para doktor tentang risiko kesihatan kepada para peserta, di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Acara larian itu juga diadakan ketika India menghadapi masalah pencemaran udara.
Namun pihak penganjur mengatakan langkah-langkah pencegahan sudah diambil.
Selain menggunakan mesin-mesin anti pencemaran udara, laluan larian juga didakwa sudah disembur bagi menghapuskan udara yang toksik.
Para peserta acara itu juga didakwa sudah diasingkan dan menjalani ujian COVID-19 setiap hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.