Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AstraZeneca yakin vaksin berkesan terhadap jenis baru COVID-19

Ketua syarikat AstraZeneca, yang sedang membangunkan vaksin COVID-19 yang dijangka diluluskan pihak berkuasa Britain, berkata pada Ahad (27 Dis) bahawa para pengkaji percaya suntikan itu akan berkesan dalam menangani satu jenis baru virus itu yang sedang menyebabkan lonjakan kes di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
AstraZeneca yakin vaksin berkesan terhadap jenis baru COVID-19

Gambar hiasan tiub dengan label vaksin dan jenama AstraZeneca (REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 28 Dec 2020 09:27AM Dikemas Kini : 28 Dec 2020 09:33AM

LONDON: Ketua syarikat farmaseutical AstraZeneca, yang sedang membangunkan vaksin COVID-19 yang dijangka diluluskan pihak berkuasa Britain minggu ini, berkata pada Ahad (27 Dis) bahawa para pengkaji percaya suntikan itu akan berkesan dalam menangani satu jenis baru virus itu yang sedang menyebabkan lonjakan kes di Britain.

Ketua eksekutif AstraZeneca Pascal Soriot juga memberitahu media tempatan bahawa para pengkaji yang membangunkan vaksinnya sudah menemui "formula berjaya" yang mejadikan suntikan itu sama berkesan dengan calon-calon pesaing.

Beberapa pihak telah menyuarakan keprihatinan bahawa vaksin AstraZeneca, yang dibangunkan bersama Universiti Oxford, mungkin tidak sama berkesan dengan vaksin dihasilkan oleh Pfizer yang sudahpun diagihkan di Britain dan negara-negara lain.

Keputusan awal menunjukkan bahawa vaksin AstraZeneca adalah sekitar 70 peratus berkesan dalam mencegah penyakit berpunca daripada jangkitan COVID-19, berbanding keberkesanan 95 peratus yang dilaporkan Pfizer dan rakannya dari German, BioNTech.

"Kami yakin kami telah menemui formula berjaya dan bagaimana untuk mencapai keberkesanan selepas dua suntikan yang boleh disediakan kepada orang ramai," kata Encik Soriot. "Saya tidak dapat mendedahkan lebih banyak kerana kami akan menerbitkannya juga nanti."

Kerajaan Britain menyatakan bahawa badan pengawal selia perubatannya sedang mengkaji semula data muktamad ujian klinikal fasa tiga AstraZeneca. Media tempatan melaporkan kelulusan mungkin diberikan seawal Khamis dan vaksin tersebut boleh diagihkan kepada orang ramai di UK pada minggu pertama Januari.

Ditanya tentang keberkesanan vaksin itu terhadap jenis baru virus korona yang menular di Britain, Encik Soriot berkata: "Setakat ini, kami fikir vaksin itu sepatutnya tetap berkesan. Namun kami tidak pasti dan oleh itu kami akan mengujinya."

Pihak berkuasa Britain mendakwa jenis baru virus tersebut adalah punca jumlah jangkitan melonjak di merata negara. Mereka menyatakan jenis tersebut lebih mudah berjangkit, tetapi menekankan tiada bukti menunjukkan ia menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Banyak negara dengan segera melarang perjalanan dari UK, namun kes-kes melibatkan jenis baru COVID-19 itu turut dilaporkan di belasan tempat di merata dunia.

Sumber : AP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan