Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Asia Tenggara ada paling ramai perokok; jejas kempen sejagat

Satu kempen sejagat mengenai kesan buruk penggunaan tembakau menghadapi rintangan besar di Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Asia Tenggara ada paling ramai perokok; jejas kempen sejagat

Rokok-rokok yang dihasilkan oleh British American Tobacco Cigarette Factory (BAT) di Bayreuth, Jerman pada 30 April 2014. (Gambar: REUTERS/Michaela Rehle)

Diterbitkan : 28 Nov 2017 05:23PM Dikemas Kini : 28 Nov 2017 05:42PM

MANILA: Satu kempen sejagat mengenai kesan buruk penggunaan tembakau menghadapi rintangan besar di Asia Tenggara.

Syarikat-syarikat tembakau dilaporkan secara aktif menghalang pemerintah daripada cuba mendapatkan orang berhenti merokok.

Demikian menurut laporan tahunan Konvensyen Rangka-Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam (27 Nov).

Rantau Asia Tenggara mempunyai jumlah perokok lelaki yang tertinggi dengan ramai yang memulakan tabiat merokok pada usia 15 tahun.

Indonesia dilaporkan mempunyai lebih 75 peratus perokok, Laos, 56 peratus manakala negara-negara lain di rantau Asia mempunyai kadar lebih 40 peratus.

WHO menetapkan garis panduan bagi pemerintah untuk melindungi dasar kawalan tembakau daripada kepentingan industri tembakau.

Bagaimanapun menurut laporan itu rantau Asia Tenggara bergerak pada rentak amat perlahan untuk melaksanakan garis panduan ini.

Ia juga mendapati "industri tembakau terus campur tangan untuk mengganggu, menghalang dan cuba menggagalkan usaha pemerintah untuk melindungi kesihatan awam sama ada secara terang-terangan atau sebaliknya", kata Mary Assunta Kolandai, penasihat kanan dasar Persatuan itu.

Laporan itu, juga menuduh syarikat-syarikat melobi dan cuba memujuk pemerintah daripada membangun dan melaksanakan dasar tembakau yang ketat dan berkesan dalam mengurangkan tabiat merokok.

Antara usaha yang berjaya dihentikan:

- cadangan untuk menaikkan cukai rokok di Malaysia dan Indonesia,

- cukai import ke atas bahan tembakau kering dari Kemboja ke Vietnam,

- peraturan baru bagi pembungkusan produk tembakau di Malaysia serta peringatan kesihatan bergambar untuk paket rokok di Myanmar, Laos, dan Kemboja.

WHO berkata, sementara cukai adalah "cara yang paling berkesan dari segi kos untuk mengurangkan tabiat merokok" hanya sebahagian besar negara-negara Eropah mengenakan kadar ideal, iaitu 75 peratus daripada kos sebuah bungkusan rokok

Merokok membunuh lebih daripada tujuh juta orang setiap tahun dan kos kepada kesihatan serta beban ekonomi yang perlu ditanggung melebihi AS$1.4 trilion(S$1.88 trilion), jauh lebih tinggi daripada jumlah cukai yang dibayar industri tembakau. 

Sumber : Agensi berita/FA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan