Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ASEAN kekal komited meterai RECEP tahun depan, menurut Thailand

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata rundingan bagi perjanjian Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP) sudah selesai dan ASEAN komited untuk menandatangani perjanjian perdagangan itu pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Nov 2019 10:26PM Dikemas Kini : 04 Nov 2019 10:32PM

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata rundingan bagi perjanjian Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP) sudah selesai dan ASEAN komited untuk menandatangani perjanjian perdagangan itu pada tahun depan.

RCEP merupakan perjanjian penting antara ASEAN dengan enam negara lain.

Perjanjian itu akan membentuk zon dagangan bebas terbesar di dunia meliputi sekitar 33 peratus ekonomi sejagat.

PM Prayut mengumumkan demikian pada Isnin (4 Nov) semasa membuka Sidang Puncak ASEAN Campur Tiga di Bangkok.

Sidang tersebut melibatkan 10 negara anggota ASEAN dengan tiga rakan dialognya - China, Jepun dan Korea Selatan.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata kerjasama ASEAN Campur Tiga boleh membantu negara-negara yang terlibat menangani pelbagai cabaran secara bersama-sama.

Ini, jelasnya, akan membantu meningkatkan keyakinan negara-negara serantau dan menyumbang kepada tindakan sejagat dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kian perlahan.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pula berharap dapat bekerjasama dan bersinergi dengan ASEAN bagi meningkatkan daya hubungan serta mewujudkan rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.

Beliau mahu kerjasama antara ASEAN dengan tiga rakan dialognya itu ditingkatkan.

Dalam ucapannya, Presiden Korea Selatan Moon Jae-In pula menyeru semua pihak supaya melindungi amalan dagangan bebas dalam menghadapi sentimen perlindungan perdagangan yang kini meningkat sekarang.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan