Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ASEAN harus terus main peranan membina huraikan krisis politik Myanmar

Singapura dan Malaysia menekankan lebih banyak usaha diperlukan bagi menghuraikan kemelut politik di Myanmar.

Anggaran Waktu Membaca:
ASEAN harus terus main peranan membina huraikan krisis politik Myanmar
Diterbitkan : 02 May 2021 09:23PM Dikemas Kini : 02 May 2021 09:26PM

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia menekankan lebih banyak usaha diperlukan bagi menghuraikan kemelut politik di Myanmar.

Menteri Ehwal Luar Dr Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Encik Hishammudin, berkata ASEAN mesti terus memainkan peranan membina bagi mencapai huraian damai dan berdaya tahan.

Mereka berkata demikian hari ini (2 Mei) semasa lawatan rasmi dua hari oleh Encik Hishammudin ke Singapura.

Minggu lalu, para pemimpin ASEAN sudahpun mencapai apa yang disifatkan sebagai lima kata sepakat dengan junta Myanmar semasa mesyuarat di Jakarta.

Antara yang dipersetujui termasuk menghentikan keganasan serta melantik seorang duta khas ASEAN bagi memudahkan proses dialog bersama semua pihak terbabit. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan